“ Wahai amru,alangkah baiknya harta yg baik (halal ) ditangan orang yang soleh” [Riwayat Ahmd]

“ ...Dan orang-orang yang berjalan di atas muka bumi mencari kurniaan Allah “ surah al-Faathir ;Ayt 12.

Pengenalan

Projek Tunas Mekar adalah ilhamY.A.B. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Ia berkonsepkan perkongsian pintar di antara graduan, pengusaha dan pensyarah UiTM bertujuan menghasilkan manfaat kepada semua pihak terlibat. Graduan ditempatkan bersama pengusaha selama satu hingga dua tahun untuk membantu pengusaha dan mendapat pengalaman praktikal. Pensyarah UiTM pula memantau dan memberi nasihat bulanan kepada mereka. Usaha ini telah bermula pada 20 Mei 2005 diikuti oleh Wilayah FELDA. Pada perinkat pertama terdapat 240 graduan yang menyertai program ini dan hampir 176 yang telah tamat tempoh latihan minimun setahun dan telah memulakakn perniagaan sendiri Di bawah program ini, graduan bumiputera yang berminat untuk menjadi usahawan, akan dipilih menjadi working-consultant dengan pengusaha industri IKS tersebut. Ini adalah kerana, Y.A.B . Perdana Menteri percaya melalui satu kombinasi pengetahuan dan kepakaran daripada graduan dengan pengalaman daripada pengusaha, prospek untuk mencapai kejayaan adalah lebih baik. Lagipun, graduan yang lebih berminat untuk bekerja sendiri boleh melabur masa mereka dengan menyertai program ini sekiranya ingin menjadi sebahagian daripada proses menjalankan periagaan secara langsung dengan para pengusaha tersebut.

Objektif


1.Memberi peluang graduan bumiputera menimba
pengalaman bidang keusahawanan, seterusnya menjadikan
keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

2.Membantu usahawan IKS luar bandar memajukan
perniagaan dengan kaedah pengurusan dan teknologi moden.

3.Menjadikan Projek Tunas Mekar sebagai satu agenda dan
strategi memakmur dan meningkatkan taraf hidup
masyarakat luar bandar.

Fungsi

1. Menjalankan rekrutmen
i. Perlantikan Kaunselor
ii. Pemilihan Graduan
iii. Padanan Pengusaha

2. Menganjurkan latihan
i. Bengkel Modul 1 & 2
ii. Kursus SUS
iii. UBU
iv. Khidmat Nasihat Teknikal
v. Kaunseling vi. Penyeliaan

3. Melaksanakan urusan, kawalan khidmat kaunselor &
perunding muda
i. Padanan graduan
ii. Padanan kaunselor
iii. Tuntutan perjalanan kaunselor

4. Menyimpan data & rekod berkomputer
i. Pangkalan Data
ii. Video
iii. Gambar
iv. Laman web
v. Pembangunan Niaga Internet

5. Menguruskan ruang niaga graduan
i. Pemantauan ruang niaga
ii. Pemantauan graduan berniaga
iii. Promosi perniagaan

2 KEJAYAAN BESAR TUNAS MEKAR - Februari 2009



Thursday, 10 September 2009 04:17

Syukur Alhamdulillah, bulan Januari dan February 2009 telah membawa dua kejayaan besar kepada Projek Tunas Mekar. Pertama, Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan Program Jaringan Tunas Mekar pada 9 Januari dan keduanya Y. Bhg. Tan Sri Khalid Ramli, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri melancarkan Projek Tunas Mekar siri kedua di Pulau Pinang pada 27 Februari 2009.

Kedua majlis tersebut sangat bermakna kerana ialah adalah satu penanda bahawa Projek Tunas Mekar perintis yang dilaksanakan di beberapa negeri termasuk Wilayah FELDA telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan. Kajian impak pasca projek menunjuk pengusaha dan graduan yang turut serta dalam projek Tunas Mekar sangat berpuas hati. Prestasi perniagaan pengusaha terlibat telah meningkat dan lebih daripada 50% graduan terlibat telah pun memulakan perniagaan. Perdana Menteri, dalam ucapan perasmiannya telah mengarahkan supaya pelaksanaan projek ini diperluaskan supaya pencapaian meningkat segi kualiti dan kuantiti.

Dengan pelancaran oleh Y.A.B. Perdana Menteri ini, Projek Mekar telah memdapat liputan media yang luas dan ini memudahkan proses pelaksanaan projek kerana umum telah mengetahui tentang projek ini. Sehubungan dengan itu, sekretariat Projek Tunas Mekar, UiTM sedang giat merekrut graduan yang sesuai untuk pelancaran Projek Tunas Mekar seterusnya di negeri-negeri lain.

Graduan yang berminat dan ingin memilih keusahawanan sebagai kerjaya dipelawa memohon secara “online” melalui website ini. Jika anda seorang graduan yang memiliki diploma atau ijazah dan telah berjinak-jinak dengan dunia perniagaan dengan menjualkan secara sambilan atau semasa ekspo diadakan maka anda adalah orang yang berpotensi menjadi usahawan terbilang dan kami berminat berjumpa dengan anda.

Sodri Ariffin,
Ketua Projek Tunas Mekar,
UiTM, Shah Alam.
Februari, 2009.