“ Wahai amru,alangkah baiknya harta yg baik (halal ) ditangan orang yang soleh” [Riwayat Ahmd]

“ ...Dan orang-orang yang berjalan di atas muka bumi mencari kurniaan Allah “ surah al-Faathir ;Ayt 12.

Pengenalan

Projek Tunas Mekar adalah ilhamY.A.B. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Ia berkonsepkan perkongsian pintar di antara graduan, pengusaha dan pensyarah UiTM bertujuan menghasilkan manfaat kepada semua pihak terlibat. Graduan ditempatkan bersama pengusaha selama satu hingga dua tahun untuk membantu pengusaha dan mendapat pengalaman praktikal. Pensyarah UiTM pula memantau dan memberi nasihat bulanan kepada mereka. Usaha ini telah bermula pada 20 Mei 2005 diikuti oleh Wilayah FELDA. Pada perinkat pertama terdapat 240 graduan yang menyertai program ini dan hampir 176 yang telah tamat tempoh latihan minimun setahun dan telah memulakakn perniagaan sendiri Di bawah program ini, graduan bumiputera yang berminat untuk menjadi usahawan, akan dipilih menjadi working-consultant dengan pengusaha industri IKS tersebut. Ini adalah kerana, Y.A.B . Perdana Menteri percaya melalui satu kombinasi pengetahuan dan kepakaran daripada graduan dengan pengalaman daripada pengusaha, prospek untuk mencapai kejayaan adalah lebih baik. Lagipun, graduan yang lebih berminat untuk bekerja sendiri boleh melabur masa mereka dengan menyertai program ini sekiranya ingin menjadi sebahagian daripada proses menjalankan periagaan secara langsung dengan para pengusaha tersebut.

Objektif


1.Memberi peluang graduan bumiputera menimba
pengalaman bidang keusahawanan, seterusnya menjadikan
keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

2.Membantu usahawan IKS luar bandar memajukan
perniagaan dengan kaedah pengurusan dan teknologi moden.

3.Menjadikan Projek Tunas Mekar sebagai satu agenda dan
strategi memakmur dan meningkatkan taraf hidup
masyarakat luar bandar.

Fungsi

1. Menjalankan rekrutmen
i. Perlantikan Kaunselor
ii. Pemilihan Graduan
iii. Padanan Pengusaha

2. Menganjurkan latihan
i. Bengkel Modul 1 & 2
ii. Kursus SUS
iii. UBU
iv. Khidmat Nasihat Teknikal
v. Kaunseling vi. Penyeliaan

3. Melaksanakan urusan, kawalan khidmat kaunselor &
perunding muda
i. Padanan graduan
ii. Padanan kaunselor
iii. Tuntutan perjalanan kaunselor

4. Menyimpan data & rekod berkomputer
i. Pangkalan Data
ii. Video
iii. Gambar
iv. Laman web
v. Pembangunan Niaga Internet

5. Menguruskan ruang niaga graduan
i. Pemantauan ruang niaga
ii. Pemantauan graduan berniaga
iii. Promosi perniagaan

Sumbangan sebagai usahawan

1.Mewujudkan peluang kerja ,mengurangkan pengangguran dan kemiskinan seterusnya mengurangkan masalah sosial seperti kecurian dan rompakan.

2.Menyediakan pelbagai barangan bagi memenuhi tuntutan kehendak manusia.

3.Meningkatkan modal insan.

4.Menjadi penyebab kepada kewujudan industri dan perniagaan yang berkaitan di kawasan sekitar.

5.Mewujudkan hubungan diplomatik dengan negara luar.

6.Menyumbangkan ilmu dalam bidang perniagaan.

7.Mengurangkan kebergantungan negara dan masyarakat kepada barangan import tetapi menggalakkan kegiatan export.

8.Menggalakkan penggunaan teknologi canggih.

9.Meningkatkan imej negara,bangsa dan agama.